Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun
dia
tidak berada disisi kita.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang,
dua
telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa
Tuhan
hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan
sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya
Cinta…
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu
mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan
sesekali
mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka
telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah
dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka
telah
disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan
keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia
meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata
cinta
itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan
dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang
salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana
berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh
menjadi
bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi
nikmat,
dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi
lebih
menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki
keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu
mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar
itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang
yang
sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya
menjadi
tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh
hati,
sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan
kerana
perginya tanpa berpatah lagi.
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa
dia
sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar
menyintainya setulus hati.
Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu
dan
pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke
dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir
Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat
menjadi
sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya
menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh
para
pecinta palsu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di
dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di
dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam.
Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup
dan
cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia
akan
membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta
ke
dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam ,
tetapi
tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong
yang
bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.
Cinta adalah keabadian…dan kenangan adalah hal terindah yang pernah
dialami
Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai
cinta
kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya
cinta
hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang
mati dan
meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin.
Inilah
dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi
dirinya
sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika
tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di
dalam
dirinya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai
saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi
dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut
tetapi
cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat
menilai
kesuciannya.
Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk
dicintai
oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.
Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta
itu tak
pernah hadir.
Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan
fikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya.
Sebaliknya
cinta boleh jadi racun jika tersalah tempat. Apa pun cinta itu buta.
Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa
menodai
keaslian pantai itu.
Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan
diperlukan.
Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika
perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak
pernah merindu dan cemburu.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi
pada
hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia
tidak
mengerti perjalananan hati naluri.
Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka
dengan
sendirinya cinta itu akan hadir
Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua
seringkali
dibiarkan pergi bila ia menghampiri
Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji,
berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan
cinta
yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan
masakan tanpa garam. Lantaran itu bajailah cinta yang dianugerahkan itu
sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang
cerah
berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat
melangkah
dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu
dan
rasa kekecewaan itu.
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk
menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi
diperlukan
waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.
Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat
Cinta kurniaan Ilahi mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan
dihindari
ialah kepalsuan, bukan cinta.
Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam. Oleh itu, kejarlah cinta
seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu,
jagailah ia seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurniaan
Tuhan Yang Maha Agung.
"Aku mencintaimu", sukarkah untuk dilafazkan?
Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada
kemesraan
atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan,
kekecewaan
dan kehancuran.
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali
dia
akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah
terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan
menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.
Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa usul periksa
latar
belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika
terus
dimakan dikhuatiri beracun.
Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh
itu
bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan
atas
limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg
tersembunyi.
Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu???
Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi
penerimaan
dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta
hanya
sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab
apabila
terbinanya sebuah rumahtangga.
Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi
mengigillah
dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa.
Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan
membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai
cinta
berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta
tumbuh
di hatimu.
Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan
bajailah
rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi
kepada
Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang
ibu
mengasihi anaknya.
Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi
kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulung.
Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi
pada
hati yang memerlukan.
Usah gembira pada kelahiran cinta pertama. Jua usahlah menangis di awal
kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan.
Kebahagiaan
tidak semestinya kekal abadi.
Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan
seperti
minyak dengan api, apabila tersentuh maka maraklah ia.
Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dahulu cinta itu derita dan
cita
-cita itu cahaya. Sebelum mendekati erti cinta, mengertilah dahulu erti
cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenallah dahulu cita-cita.
Cinta yang terselit pendustaan ibarat kehidupan yang bercampur gaul
dengan
penghinaan.
Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, ghairah, romantika dan masih
tetap
menghargainya.